• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

'Dulu Pakai Cermin Mata Dua Ringgit Je'

DUNGUN, 10 Disember- " Dulu pakai cermin mata harga dua ringgit je buat mengaji, itu yang termampu alhamdulillah kini dapat bantuan cermin mata dari kerajaan, syukur serta gembira sangat," ujar Raja Salemah Raja Daud.

Raja Salemah merupakan salah seorang daripada 158 penerima di Dewan Undanga Negeri (DUN) Bukit Besi yang menerima bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Syukur sangat kerana dapat digunakan untuk mengaji. Kalau hendak beli sendiri tinggi juga harganya, jadi saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri diatas insiatif ini didalam memastikan kesejahteraan rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menerima bantuan berkenaan yang telah disampaikan oleh Pegawai penyelaras DUN Bukit Besi,Ghazali Sulaiman, semalam.

Yasin Ishak, 76, turut mengucapkan terima kasih diatas kecaknaan serta keprihatinan pihak kerajaan.

"Selepas ini dapatlah saya gunakan untuk membaca kitab, dan memandu motor untuk ke surau, " ujarnya.

Sementara itu, Ghazali berkata, agihan secara terus kepada penerima kesemua 23 kampung adalah bagi memastikan penerima tidak terbeban.

"Jadi kita turun menemui sendiri penerima di semua kampung di DUN Bukit Besi ini dimana Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tetapkan tempat, ada yang saya serah sendiri ke rumah dan ada yang melalui Pengerusi MPKK.

"Semoga bantuan dari kerajaan negeri ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kesemua penerima, dan memudahkan segala urusan. Alhamdulillah dengan pemberian ini sudah tentu dapat meringankan sedikit bebanan rakyat," ujar Ghazali.


Tag: