• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Dulunya Berlopak, Sekarang Siap Bertar

KEMAMAN, 5 November - Kawasan laluan Bazar Dataran Kampung Baru Kerteh yang menjadi tempat orang berjual beli namun berlopak sejak sekian lama, kini sudah ada kemudahan jalan yang baharu siap dibina.

Bertahun ianya begitu, dan sekarang hanya dalam masa seminggu sudah siap sepenuhnya. Medan tumpuan orang ramai ini sudah nampak bersih dan cantik.

Projek itu menelan kos sebanyak lebih kurang RM17 ribu, satu lagi jalan tar baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik untuk kemudahan rakyat di sini.

Mat Ripah Hussiain, 55, yang merupakan salah seorang penjual di situ meluahkan rasa syukur dan jutaan terima kasih untuk semua itu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk jalan tar yang baharu ini serta ruangan meletak kenderaan tepi kedai.

“Jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kemasik), Ir. Saiful Azmi Suhaili yang telah memberi bantuan kemudahan ini,” kata beliau.

 


Tag: