• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

DUN Air Putih Serah 481 Cermin Mata

KEMAMAN, 21 November - Seramai 481 orang peserta daripada DUN Air Putih menerima bantuan sumbangan cermin mata daripada kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan  Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, program bantuan cermin mata itu bertujuan meringankan beban golongan sasaran seperti warga emas, mereka yang berpendapatan RM 1050 ke bawah dan lain-lain, memandangkan harga cermin mata yang semakin mahal.

“Bagi golongan kurang berkemampuan, saya yakin usaha ini sangat bermanfaat selain membantu  mengurangkan bebanan mereka kerana dapat menjimatkan wang untuk membeli cermin mata yang baharu,” katanya, ketika ditemuramah oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman selepas selesai agihan cermin mata kepada wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dun Air Putih.

“Bagi golongan pelajar pula, kita tidak mahu mereka tercicir daripada mendapat manfaat pendidikan dan diharapkan mereka dapat menggunakan cermin mata dengan sebaiknya dan menjadi pencetus kepada semangat untuk berjaya,” tambah beliau lagi.


Ab.Razak Ibrahim turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga & Perpaduan Nasional kerana memberikan kuota untuk rakyat Dun Air Putih serta tidak dilupakan kepada anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemaman yang bertungkus lumus menguruskan proses sumbangan cermin mata ini.


Tag: