• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

DUN Batu Buruk Turap 25 Jalan Kampung

KUALA TERENGGANU, 6 Oktober – Sebanyak 25 batang jalan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah diturap bagi fasa pertama tahun ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, kerja-kerja penurapan jalan tersebut bagi memberikan keselesaan dan kemudahan buat penduduk setempat.

Keadaan Jalan Selepas Diturap

“InsyaAllah, sebanyak 23 lagi jalan kampung akan dinaik taraf pada fasa yang kedua yang akan bermula pada penghujung Oktober ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang telah menjadi mata dan telinga kami dalam menyalurkan aduan penduduk kampung berkenaan jalan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, bulan oktober ini juga pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk akan memberikan fokus kepada persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Keadaan Jalan Sebelum Diturap