lightning-solid
Berita :
DUN Buluh Gading Perintis Penilaian Prestasi, JPKK Tetambah Unggul
DUN Buluh Gading Perintis Penilaian Prestasi, JPKK Tetambah Unggul
Mohd Haniff Abas
13 jam yang lepas
51

KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK Tetambah dinobatkan sebagai JPKK Terbaik DUN Buluh Gading, manakala tempat kedua disandang oleh JPKK Bukit Petiti Dalam dan tempat ketiga JPKK Kesom Alor Rekang.

Pengiktirafan tersebut diumumkan dalam satu majlis Anugerah Kecemerlangan JPKK DUN Buluh Gading Tahun 2025 yang diadakan bagi menghargai komitmen serta usaha berterusan JPKK dalam memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran kampung.

DSCF4895.JPG 3.6 MB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, DUN Buluh Gading merupakan DUN pertama yang melaksanakan laporan prestasi JPKK secara menyeluruh dan sistematik, sekali gus menerima respon positif daripada Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis tersebut yang diadakan di Restoran Delight isnin lepas.

Menurut beliau lagi, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Puan Sharifah Nabihah Syed Omar turut menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif tersebut menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Mazlan Ismail yang mewakili beliau kerana tidak dapat hadir.

“Pelaksanaan laporan prestasi ini bertujuan memastikan pengurusan dan pentadbiran JPKK di DUN Buluh Gading benar benar mantap, tersusun dan berkesan. Kemantapan pengurusan organisasi akan memberi kesan positif kepada perjalanan serta keberkesanan fungsi JPKK itu sendiri,” katanya.

DSCF4876.JPG 4.37 MB

Penilaian prestasi JPKK melibatkan aspek pengurusan sebanyak 70 peratus dan aktiviti sebanyak 30 peratus, antaranya meliputi kekerapan mesyuarat, komitmen kehadiran ke program DUN, kehadiran ke program peringkat negeri serta penglibatan aktif dalam aktiviti setempat.

Proses penilaian dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu melalui dua orang penghulu, iaitu Penghulu Mukim Manir Petai Bubus, Muhammad Shafiee Abdullah dan Penghulu Mukim Belara Kesom, Mazlan Ismail.

DSCF4879.JPG 4.5 MB
Dalam pada itu, Ridzuan turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua penghulu tersebut yang disifatkan sangat prihatin, bersungguh, dedikasi serta komited dalam memastikan prestasi JPKK sentiasa berada pada tahap yang baik dan cemerlang, termasuk inisiatif menyediakan sijil khas sebagai tanda penghargaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa majlis pengiktirafan seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai galakan kepada JPKK untuk terus meningkatkan kualiti pengurusan demi memajukan kampung masing masing.

“Saya berharap semua JPKK dapat memberikan komitmen yang jitu serta sanggup berkorban demi memastikan kecemerlangan pentadbiran dan pembangunan kampung. Marilah kita semua bertekad dan berazam untuk melakukan yang terbaik berbanding tahun tahun sebelum ini,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan