• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

DUN Cadang Kajian Prestasi Wakil Rakyat

 

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 24 Disember – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sedang membuat satu kajian berkenaan prestasi wakil rakyat sepanjang mereka berkhidmat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Yahaya Ali berkata, ia penting untuk menjadikan ahli Badan Legislatif di Terengganu  memenuhi misi menjadikan Dewan yang terunggul  di seluruh Malaysia.

“Di peringkat Badan Legislatif, kita sedang berusaha ke arah kita nak penilaian yang dibuat sekarang ini ialah prestasi ahli DUN khususnya dari  segi khidmat mereka pada rakyat.
 
“Yang kita bincang diperingkat Badan Legislatif yang saya berhubung dengan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) perlu ada kajian ahli DUN bukan sahaja dinilai dari segi prestasi mereka dalam konteks tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Prestasi mereka sebagai ahli Dewan Undangan Negeri , dari segi sejauh mana mereka serius membuat persiapan , sejauh mana rajin dan kerap mengemukakan soalan , kekerapan penglibatan ADUN dalam perbahasan dan mutu perbahasan, serta persediaan ADUN dalam menghadapi persidangan, samada ada peningkatan atau tidak dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program prasmian Penutup Persidangan Persidangan Kali Kedua Penggal Pertama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu di Dewan Undangan Negeri, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Menurutnya, pihak DUN sedang giat menjalankan kajian  dan penambahbaikan 'standing order' serta akan menerbitkan buku sejarah DUN Terengganu bermula pada tahun 1959 sehingga sekarang.


Tag: