• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Duo Croatia Lengkapkan Import Terengganu FC

KUALA NERUS, 4 Januari - Pasukan Terengganu Football Club (TFC) melengkapkan sembilan pemain import bagi pasukan gergasi pantai timur itu apabila menandatangani dua pemain kelahiran Croatia iaitu Domigoj Pusic,32, dan Ivan Mamut,26 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Abd Rasid Jusoh memaklumkan, kehadiran duo import itu bakal menyertai senarai pemain import pasukan yang dibarisi Jordan Mintah, Luke Woodland, Argzim Redzovic, Adisak Kraisorn, Habib Haroun, Sony Norde dan Sardor Kulmatov.

"Domagoj Pusic, pemain tengah yang sebelum ini bersama pasukan kelab liga Crotia, NK BSK Bijelo Brdo telah menandatangani kontrak semusim bersama Terengganu FC.

"Manakala, Ivan Mamut yang bermain di posisi serangan, juga telah menandatangani kontrak semusim dan dilihat bakal menjadi pilihan utama dibarisan hadapan pasukan bersama penyerang kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn," katanya.

Dengan ketinggian 1.92 cm, Ivan yang bakal memakai jersi nombor 7, dilihat memiliki kelebihan fizikal dalam mengemudi jentera serangan pasukan menggantikan tempat Kpah Sherman sebelum ini.

Tambah Abd Rasid, kedua-dua pemain berkenaan yang tiba di Terengganu, semalam ( 3 Januari 2023 ) turut diiringi dua lagi tenaga kejurulatihan pasukan dari Croatia iaitu Jurulatih Kecergasan, Hrvoje Bradasic dan Jurulatih Penjaga Gol, Domagoj Malovan.

 

 


Tag: