• 15 Mei 2024 | 7 Zulkaedah 1445

Elak Jadi Mangsa Jenayah Scam


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 7 Julai- Pengguna telefon pintar dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan scam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, gejala “scammer” atau penipuan sama ada di atas talian dan seumpamanya harus diberi perhatian dan ditangani segera.

 “Orang-orang yang bijak pandai pun tertipu dengan kepandaian dan penipuan yang dibuat oleh orang-orang yang menipu ini sama ada di internet atau melalui panggilan telefon.

“Sampai ke hari ini, kita masih lagi mendapat aduan yang sangat banyak berkaitan jenayah siber khususnya jenayah penipuan atau scam,” ujarnya pada sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Beliau yang lantang mempertahankan isu hak pengguna meminta agar kerajaan menangai isu “scammer” ini dengan segera.

Katanya, antara perkara yang perlu ditekankan termasuk usaha mendidik pengguna agar tidak mudah terpedaya dengan teknik penipuan yang digunakan sindiket scam bagi mengelakkan diri daripada ditipu sindiket kegiatan haram tersebut. 

 “Kalau kita bincang soal pendidikan pengguna, sangat wajar kalau kita bawa perkara ini ke peringkat pendidikan persekolah dan di universiti dan mengajar rakyat untuk melihat dosa dan pahala dalam proses jual dan beli,” ujarnya.


Tag: