• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Enam Tahun Menanti, Saniy Tuai Emas SUKMA

NILAI, 18 September - Pelumba basikal BMX negara yang mewakili Terengganu, Saniy Syahmi Mohd Safiee, 21, menamatkan penantian emasnya apabila muncul pemenang dalam acara BMX individu lelaki akhir di Sukan Malaysia SUKMA XX MSN, hari ini.

Pada aksi di Velodrom Nasional Malaysia itu, Saniy muncul juara setelah hanya meraih perak empat tahun lalu dan gangsa pada penampilan pertamanya di SUKMA Sarawak 2016.

"Alhamdulillah, sasaran saya tercapai, setelah menunggu selama empat tahun apabila kejohanan ini ditangguhkan.

"Saingan kali ini boleh dikatakan agak seimbang tetapi, suasana di sini memberikan sedikit tekanan untuk saya beraksi.

"Insya-Allah, selepas ini saya akan bertanding dalam acara BMX Downhill, juga merupakan acara yang menjadi sasaran saya, tolong doakan kejayaan saya," katanya.

Dia turut berharap dapat mempamerkan aksi terbaik dalam penampilan ketiga dan juga terakhirnya di pentas SUKMA.


Tag: