• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

EPIC Jayakan Latihan Kecemasan KEMA

'Kami Tuntut Gaji Tak Berbayar!'... Satu rusuhan olok-olok di Dermaga Whest Wharf Telok Kalong diadakan dalam Siri Latihan Kecemasan 'HSE Week 2019' hari ini.
KEMAMAN, 24 September - Program Latihan Kod keselamatan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa (ISPS) serta Pertubuhan Bantuan Bersama Kecemasan Kemaman (KEMA) 2019 disifatkan berjaya dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan bencana di kawasan industri minyak dan gas.

Pengurus Kanan Keselamatan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, Kamal Md Tan berkata, ia termasuk dalam Program Minggu Keselamatan Kesihatan 2019 ('HSE Week 2019') yang dianjurkan oleh pihaknya bermula semalam hingga 26 September ini.

Kamal Md Tan.
Katanya, latihan membabitkan perbelanjaan RM133,000 di Dermaga Whast Wharf Telok Kalong di sini hari ini disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hospital Daerah Kemaman dan KEMA sendiri.

Beliau berkata demikian di Sidang Media di pejabat EPIC di sini hari ini.
Kecederaan anggota ditangani segera dalam Latihan Kecemasan KEMA di Telok Kalong Kemaman hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar Konsortium Pelabuhan Kemaman atau Sukma Samudra Ashari Mohamad, Pengurus Keselamatan Syarikat Bitumen Kemaman, Abdul Rohim Mohd dan Pengurus Operasi (MFSO) EPIC Berhad, Hazle Hazumi.

Latihan bermula dengan rusuhan lapan orang pekerja di kapal berhampiran dermaga berkenaan kononnya pihak perusuh menuntut gaji dari majikan yang tidak dibayar selama enam bulan.
Perusuh berjaya ditangkap.
Perbincangan antara Perusuh dan PDRM serta pihak pengurusan syarikat diadakan untuk selesai masalah tetapi gagal.

Perusuh mula membakar aset tertentu di kapal berkenaan sehingga suasana semakin mencemaskan.
Anggota penyelamat menjalankan tugas.
Tindakan kawalan dibuat oleh beberapa agensi keselamatan termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan APMM sehingga akhirnya api dapat dipadamkan serta rusuhan dapat ditamatkan.

Pihak Hospital Daerah Kemaman kononnya membantu menyelesaikan beberapa insiden kecederaan perusuh dan pihak petugas operasi dan semua mangsa dibawa ke Hospital.

Tag: