lightning-solid
Berita :
Fenomena Air Pasang Tinggi Dijangka Landa Terengganu Mulai 8 November
Fenomena Air Pasang Tinggi Dijangka Landa Terengganu Mulai 8 November
Mastura Jamal Din
09 Nov 25
453

KUALA TERENGGANU, 9 November – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu memaklumkan bahawa fenomena air pasang tinggi dijangka berlaku mulai 8 hingga 21 November 2025 di beberapa kawasan pesisir pantai negeri ini.

Menurut kenyataan JPS di laman Facebook rasminya, fenomena berkenaan berpotensi menyebabkan banjir pantai sekiranya berlaku serentak dengan hujan lebat dan tiupan angin kencang.

“Orang awam yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran pantai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap ramalan serta amaran semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.

FB_IMG_1762667256990.jpg 208.86 KB
JPS turut menasihatkan penduduk supaya mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk memindahkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi, menyimpan dokumen penting di tempat selamat serta memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat dan amaran terkini melalui portal rasmi JPS serta laman media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi memastikan keselamatan diri dan harta benda sentiasa terpelihara.



Tag :

Artikel Berkaitan