• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Festival Kopi Kemaman Meriah

KEMAMAN, 6 Jun - Festival Kopi Kemaman mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sekitar dan pengunjung terutamanya kepada pencinta kopi yang sentiasa menantikan program seumpama ini diadakan.

Program ini dilaksanakan di Resort World Kijal Kemaman yang menghimpunkan hampir 40 buah pengusaha kopi yang majoritinya berpusat dalam daerah Kemaman.

Festival tersebut telah berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Jun lepas dan akan diadakan lagi untuk masa akan datang kerana sambutan serta penyertaan yang menggalakkan daripada pengusaha kopi dan pengunjung yang hadir.

Kemaman juga turut dikenali sebagai 'Kemaman Darul Kopi' disebabkan kerana terdapat banyak jenis kiosk kopi yang dijual sepanjang jalan dalam daerah berkenaan.

Pengajuran ini melalui usaha sama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman selaku penganjur utama bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman, Jabatan Kerja Raya Kemaman serta beberapa lagi agensi lain yang turut membantu dalam menjayakan festival ini.

Pihak penganjur Festival Kopi Kemaman merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang penganjuran festival ini.

 

 


Tag: