lightning-solid
Berita :
Fun Run View Sawah Maras Angkat Pelancongan Desa
Fun Run View Sawah Maras Angkat Pelancongan Desa
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
156

KUALA TERENGGANU, 8 Februari – Pendekatan kreatif mempromosikan pelancongan desa melalui aktiviti sukan komuniti terbukti berkesan apabila Program Fun Run View Sawah Maras berjaya mengangkat keindahan kampung dan sawah padi sebagai aset tarikan pelancongan tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program tersebut mempunyai aura tersendiri apabila menggabungkan aktiviti kesihatan, keindahan alam desa serta elemen seni budaya kampung serta kepelbagaian 

"Lebih meriah lagi apabila mendapat penyertaan hampir 1000 peserta daripada pelbagai pihak sekali gus ia membuktikan program tersebut mempunyai tarikan yang menawarkan pengalaman tersendiri.

“Fun Run View Sawah Maras memang lain macam auranya hari ini, larian santai berlatarbelakangkan suasana kampung dengan sawah menghijau yang tenang dan mendamaikan, diserikan pula dengan pemakaian seni budaya kampung," jelasnya dalam laman sosialnya, semalam.

Katanya, tarikan pelancongan berasaskan komuniti seperti ini wajar diberi sokongan kerana bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mampu mengangkat keindahan desa dan merancakkan ekonomi setempat.

FB_IMG_1770477044269.jpg 208.99 KB
Beliau turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha kreatif menganjurkan program yang bermanfaat kepada masyarakat.

Mohd Shafizi berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif mempromosikan pelancongan desa dan mengukuhkan perpaduan komuniti setempat.


Tag :

Artikel Berkaitan