• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Gangguan Bekalan Air Di Kuala Terengganu



KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn. Bhd. melalui portal rasminya mengumumkan terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Kuala Terengganu, hari ini.

Gangguan bermula daripada jam 6.30 pagi dikatakan akan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

Kesulitan berkenaan berpunca daripada Paip DI 12” pecah di Jalan Tok Lam akibat kerja HDD kabel.

Kawasan terlibat dengan gangguan itu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat, Kampung Cina & Pusat Bandar Kuala Terengganu serta kawasan sekitarnya.

Usaha baik pulih sedang dilakukan kontraktor paip lantikan kontraktor kabel serta dipantau staff SATU.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



Tag: