• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Gemuroh Juara Piala UMNO Kuala Nerus 2017

Pasukan Gemuroh yang muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Taman Perumahan Telaga Daing di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Gemuroh muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus 2017 yang berlangsung di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam perlawanan akhir antara Gemuroh dan Taman Perumahan Telaga Daing yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Gemuroh muncul johan selepas berjaya menundukkan pihak lawan dengan jaringan 1-0.


Jaringan tunggal tersebut dihasilkan oleh Mohd Jamali Mohd Nor seminit selepas bermulanya babak kedua.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan itu membawa pulang piala kejohanan, medal serta wang tunai berjumlah RM7,000.

Pasukan Taman Perumanan Telaga Daing yang merangkul gelaran naib johan pula membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM5,000.


Bagi tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh pasukan Tanjung Sabtu dan Banggol Tuan Muda dengan masing-masing membawa pulang medal berserta wang tunai RM3,000 dan RM2,000 bagi setiap pasukan.

Dalam perlawanan tersebut juga, Mohd Hasrol Ali dari pasukan Taman Perumahan Telaga Daing dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Tag: