• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

 

DUNGUN, 7 November - Tradisi gotong royong yang menjadi amalan masyarakat perlu sentiasa dihidupkan kerana cara ini berjaya menjimatkan kos dan masa dalam menyelesaikan kerja-kerja ahli qaryah.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata apabila ramai orang kampung menyertainya, kerja yang berat menjadi ringan.

"Macam hari ini, gotong-royong mendirikan tiang rumah, di mana empat tiang telah didirikan untuk sambung rumah Saudara Wan Wahab, jadi kalau upah tukang, boleh mengambil masa dua tiga hari jugok, tapi bila buat ramai - ramai empat-empat tiang boleh didirikan hanya pagi ini sahaja," katanya.

Alias berbaju ungu turut serta dalam gotong royong berkenaan. Caption

Alias berkata demikian selepas hadir di program gotong royong mendirikan tiang untuk membina rumah Wan Wahab Wan Yaakob, penduduk Kampung Bukit Merah di sini jumaat lepas.

Program anjuran Unit Daerah Mengundi(UDM) Padang Pulut  yang terdiri daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) Padang Pulut, Burung Baru dan Bukit Merah serta  ketiga-tiga PAS Cawangan  juga Kumpulan Rukun Tetangga(KRT). 

Menurutnya, dengan kerja-kerja gotong royong tersebut juga tuan rumah berjaya menjimatkan kos yang sepatutnya dibayar kepada tukang rumah. 

"Saya rasa bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat dari ketiga - tiga kampung dan saya lihat Pengerusi JPKK Padang Pulut, Burung Baru dan Bukit Merah juga turut sama ada tadi," ujarnya dengan penuh teruja. 

Sementara itu, Wan Wahab  berkata, beliau tidak menyangka hasrat yang pernah di suarakan kepada salah seorang JPKK untuk membesarkan rumahnya mendapat perhatian pihak berkenaan. 


" Dan hari ini kerja - kerja mendirikan tiang selesai dilakukan pagi ini dan selebihnya dinding dan lantai, saya akan buat sikit - sikit," jelasnya yang berterimakasih dan merasa amat bangga dengan sikap saling membantu di kalangan masyarakat dan tidak menyangka ADUN Rantau Abang juga hadir untuk menyertai gotong royong itu. 


Tag: