• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Graduan PSMZA Terima Diploma Secara Hibrid

DUNGUN, 14 Disember - Menyedari penularan COVID-19 masih belum reda sepenuhnya, pihak pengurusan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah mengadakan majlis konvokesyen secara hibrid membabitkan 1,152 graduan diploma.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Mohamad Amin  Hamat, berkata pihaknya terpaksa berbuat demikian, mengadakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Kali Ke -18 secara hibrid  memandangkan keselamatan graduan menjadi keutamaan.

"Konvokesyen PSMZA kali ini telah mengangkat tema “Graduan Politeknik Aspirasi Pendidikan Gemilang” yang menyaksikan kebolehan dan pencapaian pelajar- pelajar politeknik telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. 

"Penguasaan para pelajar dalam pelbagai kemahiran telah meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik sekaligus menjadi 
contoh terbaik dalam bidang pendidikan amnya dan pendidikan TVET(Pendidikan dan Latihan Teknik & Vokasional)  
khususnya. 

" Kepercayaan besar ini diasaskan daripada usaha berterusan tenaga pengajar dan komitmen para pelajar yang sentiasa 
bersedia mempersiapkan diri menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks," katanya. 

Mohamad Amin berkata demikian ketika  mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
, Zainab Ahmad di majlis gilang gemilang yang diadakan secara bersemuka di salah sebuah hotel di sini sekaligus meraikan graduan PSMZA, penerima - penerima Anugerah Kecemerlangan dalam kategori masing-masing. 

Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail berkata mereka yang berjaya mendapat penganugerahan diploma adalah bagi pengajian sesi Disember 2019 dan 
Jun 2020 yang bermula pada 12 hingga 16 Disember. 2021. 

"Majlis Konvokesyen hari ini( hari pertama) adalah untuk penyampaian anugerah kepada graduan-graduan cemerlang dan manakala hari 
berikutnya nanti akan diadakan di kampus PSMZA secara maya." jelasnya dalam ucapan alu-aluan di majlis yang sama. 

 


Tag: