• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Groin Atau Pemecah Ombak Atasi Hakisan Pantai Mengabang Telipot


Kerajaan negeri sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sama ada untuk menggunakan konsep groin atau pemecah ombak bagi menangani hakisan Pantai Mengabang Telipot.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beberapa persediaan awal telah diambil termasuk menambak di sepanjang pantai yang terhakis.


"Bagaimanapun soal fenomena alam ini mengakibatkan hakisan terus berlaku, ditambah dengan tiupan angin monsun.

"Namun, kita juga turut berdepan dengan kekangan berikutan kajian yang dijalankan agensi berkenaan memerlukan masa.

"Berdasarkan hasil kajian awal kita mempunyai dua cadangan iaitu membina pemecah ombak dan groin,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membuat tinjauan hakisan Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, petang tadi.



Bagaimanapun, sebagai langkah penyelesaian sementara, kerajaan negeri bersetuju untuk membina dinding pantai seperti mana yang dilaksanakan di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

"Kita lihat konsep dunding pantai yang dilaksanakan di Kelantan berkesan untuk mengurangkan masalah hakisan di kawasan tersebut,"katanya.

Tag: