• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Guna LPT2 , Laluan Alternatif Elak Banjir

KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) sebagai laluan alternatif sekiranya laluan lain terpaksa ditutup akibat banjir.

Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim berkata pihaknya menggalakkan orang ramai di Pantai Timur menggunakan lebuh raya LPT2 yang lebih selamat, selesa dan mudah.

"Kami menyediakan bukan sahaja kawasan rehat yang bersih, tetapi juga 60 anggota LPT2Ronda yang terlatih serta 30 pasukan rondaan sekiranya berlaku kecemasan.

"Apabila berlaku kecemasan, pelanggan boleh memilih untuk berhenti di Kawasan Rehat & Rawat Perasing, Paka dan Ajil," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, talian bantuan LPT2, 1800 88 0220 turut menyediakan maklumat trafik terkini dan memberikan bantuan di sepanjang lebuhraya sepanjang 184 kilometer di antara Jabor dan Kuala Terengganu.


Tag: