• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Guru Ejen Perubahan Penting Dalam Masyarakat


Ahmad Razif bersama jemaah membaca surah Yasin. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim
 
Golongan pendidik menjadi ejen perubahan penting bagi seseorang individu dan keluarga kerana pengetahuan yang dimiliki mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dengan adanya pendidikan yang baik, anak seorang pekebun kecil boleh seiring dengan anak pegawai tinggi kerajaan mahupun pemimpin utama negara.



Katanya, hanya dengan pendidikan dan kemahiran yang ada boleh membantu sesebuah keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan, seterusnya memberikan kesan terhadap sosio ekonomi masyarakat pada masa kini.


“Terima kasih cikgu, tanpa anda negara mungkin terus ketinggalan untuk bersaing  dengan negara-negara maju yang memerlukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berwawasan tinggi,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin sempena Perayaan Hari Guru peringkat Terengganu, di Masjid Al Abrar, Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, semalam .

Sebelum itu, Ahmad Razif bersama-sama jemaah terdiri daripada ahli keluarga guru, kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan penduduk setempat  menunaikan solat hajat dan membaca surah Yassin .


Tag: