• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Hanya Tinggal Hulu Terenggganu, Zon Hijau Di Semenanjung

KUALA TERENGGANU, 15 Mei -Daerah Hulu Terengganu, menjadi satu-satunya daerah di Semenanjung Malaysia yang masih 'selamat' dari jangkitan pandemik COVID-19 dalam kalangan penduduknya apabila berada dalam kategori Zon Hijau.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook rasminya, beberapa negeri dilihat berstatus merah sepenuhnya iaitu Selangor dengan 17,738 kes diikuti Kuala Lumpur (5, 327), Pulau Pinang (3,422) dan Melaka (100,9) serta Putrajaya (136).

Sementara itu, di Sarawak, kawasan berstatus hijau adalah daerah Kabong dan Telang Usan manakala Sabah pula adalah di daerah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pilas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Telupid.

Menurut CPRC, status merah adalah daerah yang mempunyai bilangan 41 kes ke atas manakala jingga (21-40 kes), kuning (1-20 kes) dan hijau (tiada kes).

Dalam masa yang sama KKM juga berkata, Varian Afrika Selatan B.1.351 kini telah menular dalam komuniti. 

Justeru itu, orang ramai diminta  berhati-hati dan duduk di rumah bagi mengelakkan penularannya.


Tag: