KUALA TERENGGANU, 16 November – Hasrat para peniaga di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk berpindah dari tempat lama ke bangunan baharu akan diperhalusi.
Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, ia adalah perkara yang baik dan perlu perbincangan semua pihak.
“Saya ada berbicang dengan ADUN Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan kami bersependapat pasar sementara sekarang ini harus dikekalkan sebagai tempat berniaga orang melayu.
"Jadi kalau semua peniaga yang ada sekarang di Pasar Payang sementara nak dipindahkan jadi kita ada kekosongan di situ,” jelasnya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian ketika ditemui UPDI selepas Program Hi-Tea Santai bersama media perdana bertempat di Dewan Jasmine 1, L6, Paya Bunga Hotel semalam.
Menurutnya, pasar payang yang baharu akan siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan.
“Kita boleh mengusahakan supaya yang berada di hentian bas itu boleh pindah ke sana dan dalam masa yang sama pengosongan di hentian bas lama boleh digunakan ruang untuk dibuka kepada pemintaan kepada proposal sama ada sektor swasta ataupun kerajaan sendiri.
“Semoga boleh diremajakan kembali hentian bas ini menjadi sesuatu yang menarik dan cadangan baru. Jadi ini yang sedang kita bincangkan.
“Itu satu lagi yang pernah dibincangkan, penjenamaan dan kemudian dari segi penyusunan dalam pelan pelancongan mana-mana tempat-tempat yang wajib dilawati antaranya perhentian bas berhenti di sini,” ujar beliau.
Sementara itu, aduan para peniaga di hentian MBKT berkenaan dengan kerosakan mereka alami akan diambil tindakan segera.
“Keadaan infrastruktur di hentian bas banyak yang perlu di di tingkatkan dahulu.
“Bocor banyak, perlu di cat balik dijadikan kembali menarik. Saya rasa itu adalah perlu dibuat,” tambah beliau