• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Hijab Bukan Penghalang Kepada Kebebasan

KUALA TERENGGANU, 2 FEBRUARI -Pemakaian hijab bukanlah penghalang kepada kebebasan wanita, sebaliknya, ia merupakan identiti dan nilai kepercayaan berlandaskan agama tanpa menjejaskan hak-hak mereka dalam masyarakat.

Pengarah program Hari Hijab Terengganu, Wan Nur Sakinah Din berkata, mengenakan hijab adalah kewajipan dalam agama Islam, mematuhi perintah Allah SWT untuk menutup aurat.

"Berusaha berhijab dengan sempurna, kita akan temui  kekuatan untuk terus melangkah merealisasikan impian," jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) berkata demikian dalam laman sosial pada semalam.

Katanya, bertudung bukan sekadar tindakan luaran, tetapi melibatkan dimensi spiritual yang mendalam. 

"Berhijab, adalah ekspresi kepada kekuatan dan identiti seorang muslim yang mempertahankan keyakinan mereka terhadap pegangan agama.

"Bersyukurlah kita masih mampu berhijab dengan sempurna," katanya.


Tag:

Artikel Berkaitan