• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Hoki Piala Tun Abdul Razak: Perak, TERENGGANU.. Siapa Juara Malam Ini?


Malam ini Terengganu berdepan dengan tuan rumah Perak dalam perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2017 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Terengganu berjaya mara ke perlawanan akhir hoki  selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan  2-1 di stadium yang sana, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat yakin pasukan Terengganu yang memiliki ramai ayam tambatan dan pemain berpengalaman akan terus  komited untuk mara walaupun Perak memiliki kelebihan barisan pemain yang mewakili skuad negara.

Dato' Rozi berharap para peminat sukan Terengganu mendoakan kejayaan pasukan Hoki Terengganu (THT) malam ini sebagaimana kejayaan menuumpaskan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir sebelum itu.

Beliau yang berada di Ipoh sejak semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan itu,  berharap  kemenangan berpihak kepada Terengganu walaupun bertarung di tempat lawan selaku tuan rumah.

"Saya berharap rakyat Terengganu yang ada di ibu kota dan berdekatan bandar Ipoh datang memberi sokongan beramai- ramai.

"Bertarung bukan di tempat sendiri membuatkan kita lebih bersungguh dan mahu membuktikan tiada halangan melainkan peluang," kata Rozi kepada Teganukita, hari ini.

Malah, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menzahirkan nada serupa dan berharap pasukan Terengganu mampu melakar kejayaan cemerlang sebagaimana rekod dalam arena sukan sebelum ini sekali gus mempertahankan kejuaraan piala berprestij negara itu.

Ahmad Razif berharap para pemain memberi tumpuan sepenuhnya untuk 'moving foward' dan mencipta kecemerlangan untuk pasukan bagi menaikkan lagi nama negeri sebagai kuasa baru sukan negara.                 
'

Tag: