• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Hubungan Rapat Pengundi Bantu Menangkan Amzad

KUALA TERENGGANU, 14 November - Hubungan rapat pengundi dengan Calon Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS, Datuk Haji Amzad Hashim akan membantu bagi mengekalkan kemenangan beliau pada pilihan raya nanti.

Mohamad Zulkifli Abdullah, 57 berkata, sifat mesra dan suka turun padang meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap calon Perikatan Nasional (PN) itu

Dia yang juga peniaga berkata, pemimpin yang dipilih hendaklah mempunyai keperibadian dan jati diri yang baik untuk mentadbir negeri dan negara.

"Rata-rata kenalan dan keluarga saya memberikan sokongan penuh kepada beliau pada pilihan raya nanti," katanya ketika ditemui media.

Sementara itu, Khamisah Yusof, 48, berkata PN-PAS dilihat mempunyai calon yang berpengalaman dan berwibawa dalam pemerintahan.

“Justeru dapat menjadikan calon tersebut kuat dan kepercayaan yang tinggi bagi menarik pengundi,” jelasnya.

Hisham Mustafa, 43, juga berpendapat bahawa calon PN lebih layak melalui latar belakang kejayaan, pendidikan dan sebagainya.

“Harapan agar dapat melihat perubahan yang lebih baik serta kebajikan rakyat yang lebih terjaga melalui pimpinan yang dipilih,” katanya.

 

 

 

 

 

 


Tag: