• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Ceroboh Hutan Simpan Dakwaan Liar

KUALA TERENGGANU, 30 Oktober – Dakwaan seorang individu di ‘Facebook’ bahawa kerajaan negeri meluluskan kawasan hutan simpan kekal sebagai ganti Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) merupakan satu tuduhan tidak berasas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim kerajaan negeri melalukan sesuatu tindakan mengikut laras undang-undang sebenar.

“Dalam isu permohonan mana-mana tanah kerajaan negeri, syarat pertama yang diletakkan adalah tanah tersebut bukanlah kawasan hutan simpan.

“Begitu juga permohonan melibatkan aktiviti pertanian, sama ada untuk dijadikan ladang atau padang ragut. Banyak kes, mohon tanah untuk pertanian tapi hakikatnya balak yang diambil. Hutan gondol, pertanian entah ke mana,” katanya dalam satu klip video penjelasan di Facebook.

Tangkap layar tuduhan kerajaan mengambil Hutan Simpan Kekal diberikan kepada rakyat
Tangkap layar dakwaan kerajaan menganbil Hutan Simpan Kekal sebagai pemberian tanah kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi turut menyelar fitnah individu tersebut bahawa sebahagian Hutan Simpan Gunung Tebu digunakan bagi menggantikan padang ragut sedia ada.

“Dalam isu yang didakwa Hutan Simpan Gunung Tebu berhampiran Felda Selasih dijadikan padang ragut merupakan perkara yang benar, kita batalkan warta seluas 20 hektar.

“Tapi hutan yang ditamatkan warta itu sebenarnya bukan hutan simpan yang tidak diusik, hakikatnya ia Kawasan Sudah Kerja (KSK) yang telah digondol kerajaan sebelum ini bagi dikeluarkan balak. 

“Hutan yang mereka (kerajaan sebelum) gondol bukan 20 hektar, namun lebih daripada itu. Kita ada data dan fakta, kita bekerja mengikut saluran undang-undang yang betul,” tambahnya.

Terdahulu, seramai 124 generasi kedua Felda Selasih menerima geran rumah hak milik kekal yang disempurnakan oleh ADUN Jabi termasuklah beberapa RTB pertanian sekitarnya.


Tag: