• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

I-MiTS Perlu Manfaatkan 'Tiktok' - Kamaruzaman Abdullah

Kamaruzaman Abdullah.
Oleh : Hidayah Azlin
Foto : Nik Nordin Nik Li

SETIU, 24 September - Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) seluruh negeri digesa untuk memanfaatkan media sosial seperti Tiktok bagi membina masyarakat yang bertamadun.

Pengarahnya, Kamaruzaman Abdullah berkata, alam maya merupakan medan dakwah paling besar yang bukan sahaja tempat untuk mendapatkan maklumat tetapi turut berfungsi menerangkan perjuangan Islam.

Malah katanya, ruangan tersebut mampu menangkis segala fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri dan juga Islam.

“I-MiTS mesti berada dalam alam maya samada Instagram, TikTok, Twitter, Facebook dan media sosial yang lain.

“Keberadaan itu mesti dirasai oleh orang alam maya bahawa kita ada mesej dan misi kita. Bukan sekadar lepas tangan pihak media sahaja, setiap orang perlu berperanan di alam maya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Liqa’ Kakitangan i-MiTS Parlimen Setiu di Pejabat Daerah Setiu, di sini semalam.

Katanya, pertemuan itu diadakan bagi menyelaraskan segala gerak kerja di semua peringkat Parlimen Setiu yang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit.


Liqa' Kakitangan i-MiTS Parlimen Setiu.
“Tujuan utama sekali adalah kita mahu murnikan balik sekiranya ada masalah yang perlu diselesaikan, segala gerak kerja kita ini biar diselaraskan menjadi yang terbaik,” tambah beliau.

“Tahniah kepada Ketua i-MiTS Parlimen Setiu, Nazari Alias kerana berjaya mengumpulkan semua staff peringkat Daerah Setiu yang pertama kalinya ia program untuk pimpinan bertemu dengan kakitangan Imits,”.

Kamaruzaman Abdullah turut mengingatkan semua kakitangan agar menghargai dan memanfaatkan segala pengalaman yang ada pada orang terdahulu.

“Dengan makna orang yang banyak berjasa dan mengalami pasang surut dalam perjuangan, ujian sewaktu mereka redah dahulu.

“Jadi, kita perlu meraikan dan sentiasa berdamping bagi menimba pengalaman mereka sebagai asas untuk kita,” katanya


Tag: