• 03 Nov 2024 | 01 Jamadil Awal 1446

DUNGUN, 15 Februari - Ibu bapa diharap agar sentiasa memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak supaya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata kerjasama dengan pihak sekolah dan agensi-agensi kerajaan boleh meningkatkan tahap kefahaman, pengetahuan dan kesedaran berkaitan masalah penyalahgunaan dadah. 

"Ia juga dapat mewujudkan rasa kepentingan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan dapat menyemaikan semangat mendisiplinkan diri serta menjaga kesihatan," katanya.

Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan Program #LebihBaikCegah Sempena Bulan Antidadah Kebangsaan 2022 anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) Dungun, Skuad Antidadah Dungun di Taman Rekreasi Bukit Chatak 2 di sini bar-baru ini.

Program sempena Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2022 yang berbentuk 'jungle trekking' berinformasi  itu adalah juga dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) Bukit Chatak Tengah, Pemuda Bukit Chatak 2, Kumpulan Rukun Tetangga(KRT) Bukit Chatak dan Mc'Donalds Dungun. 

Katanya, penglibatan 100 orang murid Tahun Enam dari sekolah-sekolah sekitar Bandar Dungun program  yang memberi informasi dan pendedahan bagi pembentukan sahsiah dan jati diri dengan membangunkan kemahiran kendiri dalam tempoh pendidikan formal.

"Semoga anak - anak pelajar sentiasa dijauhi dari segala gejala yang tidak baik ini. Moga dalam rahmat Allah swt. Insya-Allah," katanya.


Tag: