• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Ibu Tunggal Gembira Kecaknaan Kerajaan

 

DUNGUN, 2 Disember -  "Pemberian bantuan persekolahan RM100 cukup bermakna bagi saya dan anak-anak sebagai persediaan masuk sesi baharu pada Mac tahun depan," kata Ibu tunggal Aminah Kori, 37

Katanya, nilainya kecil bagi orang, tetapi bagi dirinya cukup besar, boleh mengantikan baju sekolah lama kepada yang  baru,

."Sejak saya berpisah dengan suami,  kehidupan saya dan anak-anak terjaga, saya tak rasa kesempitan, macam hari ini, anak saya dua orang dapat bantuan RM100 seorang," katanya yang juga seorang suri rumah,

 Aminah yang mempunyai empat orang anak itu berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2021 di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini kelmarin.

 

Aminah bersama dua orang anaknya (anaknya yang berbaju merah itu adalah seorang autism) 

 

Anak-anaknya adalah antara  1,868 orang penerima terpilih dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang menerima bantuan berkenaan. 

Manakala ibu tunggal kepada 12 orang anak, Rogayah Kadir, 55 merasakan keberkatan berada di bawah kerajaan yang mengambil berat syariat Islam.

"Rasa syukur sungguhlah, anak - anak pun terjaga, nak masuk 'U'(Universiti Malaysia Terengganu) baru ni dapat bantuan, ni dapat bantuan anak sekolah pulok, dahlah JPKK pun ada hantar sokmo barang dapur, murah hati sungguhlah, " katanya yang kematian suami sejak 2014.

Sementara itu, ADUN Rantau Abang, Alias Harun berharap bantuan tersebut digunakan sebaiknya untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. 

" Berfikir dulu sebelum berbelanja, jangan gunakan bantuan ini untuk perkara yang tidak perlu, mentang - mentang ada duit, kita beli ini, itu sedangkan, ianya bukan keperluanpun," katanya di dalam ucapan ringkas di majlis tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Sura, Muhammad Afif Ismail dan Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghafar Abu Bakar. 


Tag: