• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Ibu Tunggal Puji Unit Amal Cekap

DUNGUN, 6 Disember - Seorang ibu tunggal memuji kecekapan anggota Unit Amal atau Jabatan Amal Malaysia (JAM) Dungun membersih rumahnya yang tidak sampai dua jam selepas kediamannya itu dinaiki air ketika banjir baru-baru ini.

Mariam Ibrahim, 70, berkata mereka dibahagikan tugasan masing-masing dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai. 

"Mak cik bersyukurlah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tubuh JAM boleh minta tolong cuci rumah, puas hatilah 'budak-budak' ni buat kerja, tak banyak cakap, " ujarnya.

Seramai 20 orang anggota JAM Dungun turun membantu membersihkan kediaman yang dihuni Mariam bersama dua orang anaknya bersama cucu yang masih kecil. 

" Memang pening juga memikirkan, macam mana nak bersihkan rumah, nak angkat barang - barang berat sebab rumah ni tak ada orang lelaki, Alhamdulillah dapat tahu Unit Amal sediakan khidmat ini, jadi melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau Abang, kita minta tolong datang," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang anak Mariam, Haslina Zahari,37, berkata, dia yang tinggal bersama ibu dan adiknya sudah lama tinggal di rumah tersebut. dan kali terakhir dinaiki air pada tahun 2013.

"Memang tak sangkalah, masa hujan lebat tu, pukul 1.30 pagi tak banyak lagi air, tapi jam 3 pagi tu air sampai kat tayar kereta, jadi saya kalut bawa naik kereta ke atas jalan, sebelum air naik tinggi lagi dalam rumah, kitapun berpindah," katanya yang berpindah ke rumah tumpangan ibu saudaranya, tidak jauh dari situ. 


Tag: