Artikel "Utama" Terkini
Penutupan Pembahagi Jalan Simpang Masjid Jabi Demi Keselamatan Pengguna
SETIU, 19 Ogos – Langkah tegas terpaksa diambil pihak berkuasa tempatan dengan menutup pembahagi jalan di simpang masuk Masjid Jabi, di sini, bagi mengelakkan pertambahan kes kemalangan berisiko maut di kawasan berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, keputusan tersebut dicapai hasil perbincangan mendalam serta sepakat...
19 Aug 26
328
SUKMA 2026: Cedera Dua Hari Sebelum SUKMA, Ridzuan Masih Raih Emas
KAJANG, 19 Ogos - Kecederaan di bahagian pinggang belakang tidak menghalang atlet angkat berat Terengganu, Ahmad Ridzuan Shah Roslan, untuk menghadiahkan pingat emas dalam acara 88 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.Lebih membanggakan, atlet berusia 19 tahun itu berjaya mencatat jumlah angkatan 280kg, meninggalkan atlet...
19 Aug 26
487
Tiga Daerah Jadi Perintis Jelajah Darul Iman Dekati Rakyat
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman dipilih sebagai tiga daerah perintis Program Jelajah Darul Iman 2026 dalam usaha Kerajaan Negeri membawa penyampaian maklumat lebih dekat kepada rakyat, khususnya komuniti akar umbi.Program yang mengangkat tema “Mendekati Rakyat, Menyampaikan Maklumat” itu akan menjelajah ketiga-tiga daerah berkenaan sebelum penghujung...
19 Aug 26
476
Bumi Mula ‘Menggigil’? Lima Gempa Besar Gegarkan Dunia Dalam Beberapa Bulan
KEMAMAN, 19 Ogos – Adakah dunia sedang menyaksikan satu pola gempa bumi yang luar biasa, atau semuanya sekadar kebetulan?Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, beberapa gempa bumi bermagnitud 7.0 dan ke atas direkodkan di beberapa kawasan aktif dunia, termasuk Indonesia, Jepun, Filipina, Mexico dan Colombia.Apa sebenarnya yang sedang berlaku di bawah...
19 Aug 26
420
Celik Kewangan Benteng Rakyat Elak Simpanan Lesap
DUNGUN, 19 Ogos - Celik kewangan perlu diperkasa dalam kalangan rakyat bagi memastikan simpanan yang dikumpul sepanjang tempoh bekerja tidak lesap akibat pengurusan kewangan yang lemah, skim cepat kaya atau menjadi mangsa penipuan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, literasi kewangan penting bagi membantu masyarakat merancang...
19 Aug 26
420
Prestasi TDM Melonjak, Catat Untung RM15.3 juta Suku Kedua 2026
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Prestasi kewangan TDM Berhad terus menunjukkan perkembangan positif apabila mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) RM15.3 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 (Q2 FY2026), berbanding tempoh sama tahun lalu.Hasil kumpulan turut meningkat 18 peratus kepada RM205.3 juta berbanding RM174 juta pada suku kedua tahun lalu,...
19 Aug 26
463
SUKMA 2026 : Atlet Kabaddi Wanita Terengganu Cedera
SERDANG JAYA, 19 Ogos: Seorang atlet Kabaddi wanita Terengganu, Nor Ainun Maziah, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk ketika beraksi menentang Selangor dalam penentuan pingat gangsa di Stadium MBSJ Serdang Jaya, di sini, semalam. Pemeriksaan X-ray mendapati tiada keretakan atau patah pada tulang tengkuk (cervical), namun atlet...
19 Aug 26
554
22 Unit Tukun Kuboid Juvenil 17 Tan Di Beting Lintang Sasar Tingkat Pendapatan Nelayan
BESUT, 19 Ogos – Kerajaan Negeri Terengganu melabuhkan 22 unit tukun tiruan menerusi Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda Bagi Daerah Besut di perairan Beting Lintang, di sini, sebagai langkah proaktif memperkayakan sumber maritim sekali gus meningkatkan taraf hidup nelayan tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan...
19 Aug 26
326
SG4 Tetap Manfaatkan Kuasa PBT Hentikan Pengeluaran Lesen Premis Judi
SETIU, 19 Ogos – Hasrat kerajaan negeri di bawah gabungan SG4 untuk menghentikan pengeluaran lesen premis perjudian terus berdepan kekangan perundangan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan tindakan berkenaan sebagai tidak berpelembagaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, keputusan itu...
19 Aug 26
629
Terengganu Kekal Hak Milik Tanah, Tidak Gadai Kepada Pelabur
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan tiada sebarang pemilikan tanah diberi milik secara terus kepada pelabur luar bagi projek pelaburan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, dakwaan pihak tertentu kononnya...
19 Aug 26
630