Universiti Antarabangsa Buka Pintu, Pelajar Terengganu Perlu Lebih Bersedia
MARANG , 19 November - Kerajaan negeri bersetuju memasang internet percuma membabitkan peruntukan RM5,000 di pusat kuarantin di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu memudahkan individu dikuarantin mendapatkan informasi semasa secara mudah.
"Pada masa yang sama ia juga dapat menghilangkan rasa bosan dan tekanan sepanjang berada di pusat kuarantin.
"Saya berharap seramai 160 individu yang masih berada di pusat itu bersabar dan mengetahui masing-masing merindui keluarga terutama yang mempunyai anak kecil," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Person Under Surveillance di pusat kuarantin itu, di sini semalam.
Mengulas tentang pusat kuarantin tersebut, Hanafiah berkata, beliau berpuashati dengan tahap pengurusan yang diselia barisan hadapan sejak dibuka ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
"Difahamkan mereka yang terlibat diberi makan lima kali sehari selain dibekalkan barangan kelengkapan diri lain," katanya