lightning-solid
Berita :
JPKK Sedia Internet Percuma Untuk Pelajar PdPR
JPKK Sedia Internet Percuma Untuk Pelajar PdPR
Ahmad Hilmi Deres
08 Feb 21
1074

BESUT, 8 Februari - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) memasang kemudahan internet percuma untuk penduduk Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Kampung Padang Luas bagi kemudahan pembelajaran atas talian.

Menurut salah seorang penduduk, Abd Rahim Mat Zin, 47, berkata usaha itu merupakan kerjasama antara penduduk taman dan JPKK Padang Luas bagi memberi kemudahan kepada para pelajar.

"Akibat penularan wabak penyakit menyebabkan sekolah ditutup, pembelajaran atas talian merupakan kaedah terbaik bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam apa jua bidang.

"Kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga pelajar akibat ekonomi yang tidak menentu," katanya ketika ditemubual di Surau RAKR Kampung Padang Luas, Jerteh, baru-baru ini.

 

Pihak pengurusan juga telah menyediakan beberapa kemudahan infrastruktur seperti meja dan kerusi untuk keselesaan para pelajar dan berharap agar kemudahan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk taman.


Tag :

Artikel Berkaitan