• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Isteri Mangsa Langgar Lari Terima Pencen Penakat RM3,500

KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Terengganu  menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 kepada waris Allahyarham Mohd Nazri Yaakob, 43 yang maut dalam  kemalangan  langgar lari di Lebuh Raya Baru Pantai, Kuala Lumpur pada 10 Februari  lalu.
Pengarah Perkeso negerI, Farihah Che Husin.berkata, semakan Perkeso mendapati Mohd Nazri yang bertugas sebagai Polis Bantuan Bank Negara Kuala Lumpur  telah meninggalkan dua orang anak.


“Seorang di antaranya adalah Orang Kurang Upaya iaitu Nurul Nabila, 14 dan  Muhammad Zukarnain, 7 selain seorang balu  Fadlina Abd Rahman, 39,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan cek FPM dan FOT, di rumah ibu Fadlina, di Pulau Rusa di sini hari ini.

Selain FPM, isteri mangsa  turut menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berbentuk pencen bulanan sebanyak RM3,500 sebulan.

Bantuan itu adalah sebahagian faedah yang diperoleh waris sekiranya caruman dibuat oleh mereka yang bekerja.

Farihah berkata, diharapkan dengan pencen yang diterima dapat bantu keluarga mangsa bina kehidupan seterusnya membolehkan anak-anaknya menikmati kebajikan yang selayaknya daripada Perkeso.


"Dengan adanya Unit Skuad Perkeso Prihatin juga mempermudah dan mempercepatkan urusan pengagihan kepada waris," katanya.

Hadir sama menyampaikan bantuan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman  dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah


Tag: