• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Isteri MB Teruja Sahut Kempen Pertanian Bandar

 Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman (dua dari kanan).

Oleh: Aslam Wira

HULU TERENGGANU, 20 Februari - Jaulah sempena Kempen Pertanian Bandar meninggalkan kesan yang mendalam kepada peserta yang terlibat.

Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa’), Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata, pelbagai input berguna diperoleh oleh mereka yang mengikuti jaulah ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, pengetahuan baru tentang pertanian seperti cara dan kaedah bercucuk tanam melahirkan rasa seronok dan teruja dalam diri setiap peserta program.

“Jaulah ini memberi banyak manfaat kepada peserta tentang cara-cara dan kaedah bercucuk tanam dalam menyahut seruan Kempen Pertanian Bandar.

“Ini sekaligus memberikan ilmu baru kepada peserta jaulah ini lebih-lebih lagi kaum wanita untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam di rumah masing-masing, katanya
Tuan Faizah, mendengar taklimat bercucuk tanam.

Beliau berkata demikian semasa program Jaulah Kempen Pertanian Bandar, di sini, kelmarin.

Hadir sama dalam program itu ialah Isteri Ahli Parlimen Marang, Toh Seri Puan Hajah Zainab Awang Ngah, Ahli Persatuan Khairunnisa’, Halwa Dun Rhu Rendang dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang.

Beliau yang juga isteri Menteri Besar, menjelaskan bahawa kaedah pertanian dapat dipraktikkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai walaupun di sesuatu tempat yang terhad atau tanah yang tidak luas.

“Bahan-bahan terpakai juga boleh gunakan untuk aktiviti, di mana-mana tempat sama ada kawasan terhad atau tanah luas ,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Sekyen Horticulture Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Nor Aini Mamat berkata banyak info dan ilmu tentang penanaman pokok boleh dipelajari dengan senang.

Dalam masa yang sama, orang ramai yang berminat dalam bidang usahawan tani digalakkan hadir secara peribadi atau melalui rombongan ke pejabat pertanian untuk menuntut ilmu pertanian bandar.
Peserta program jaulah.
“Sekarang ini kita banyak mendedahkan kepada orang awam tentang agroponik, akuaponik, dan penggunaan kaedah untuk pengeluaran serta pembiakan anak pokok.

“Lebih-lebih lagi, dalam masa terdekat kita tidak mempunyai ramai ahli yang dan tenaga pengajar yang ada ilmu berkenaan pertanian ini,” jelasnya lagi.


Tag: