• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Jadikan Ganjaran Pahala Motivasi Tingkatkan Kualiti Kerja



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 30 Januari- Setiap kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) perlu sedar kerja yang mereka lakukan dalam membantu masyarakat akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan ikhlas.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, mereka seharusnya menjadikan ganjaran pahala itu sebagai sebagai motivasi untuk mempertingkatkan kualiti kerja.

“Kalau bersandarkan kepada gaji yang diterima memang tidak sepadan tetapi kesungguhan bekerja dengan ikhlas menjadikan kakitangan i-MiTS mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Tengok masa program Sumbangan Baju Sekolah baru-baru ini, kalau tersalah bagi orang marah, tetapi tidak apa, kita ingat pahala yang kita perolehi," ujarnya memberi kata - kata perangsang kepada kakitangan IMiTS di Himpunan i-MiTS Parlimen Dungun di Pinang Merah, Paka, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah i-MiTS, Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh.

Katanya, ganjaran paling besar adalah apabila sentiasa tanamkan dalam hati untuk sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Kerja kita mestilah letakkan Allah sebagai matlamat kita, di situ kita ada gaji dan ada pahala," jelasnya.


Tag: