Jalur Gemilang
Berita :
Jalan Belakang SMK Tengku Ibrahim Siap Diturap Semula, Selesaikan Aduan Penduduk
Jalan Belakang SMK Tengku Ibrahim Siap Diturap Semula, Selesaikan Aduan Penduduk
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
7 jam yang lepas
64

SETIU — Jalan di bahagian belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim yang sebelum ini mengalami kerosakan kini telah siap diturap semula, membawa keselesaan yang lebih baik kepada pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Penyudahan projek naik taraf jalan ini adalah susulan daripada siri lawatan turun padang yang diadakan pada Disember 2025 dan Jun lalu bagi meninjau sendiri aduan penduduk berhubung masalah kerosakan di laluan berkenaan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, telah dua kali turun padang bersama pihak Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Company (CCCC) untuk meninjau aduan tersebut sebelum ini.

 Selain tinjauan lapangan, beliau turut mengadakan kunjungan hormat pada Jun lalu ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato’ Darwish di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan tersebut, isu kerosakan jalan di belakang SMK Tengku Ibrahim serta beberapa perkara lain yang melibatkan kepentingan rakyat telah dibangkitkan secara rasmi.

"Hasil daripada perbincangan berterusan serta tindakan pantas pihak berkaitan, kerja-kerja penurapan jalan tersebut kini telah siap sepenuhnya.

"Pihak Parlimen Setiu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada MRL dan CCCC atas kerjasama serta tindakan segera yang diberikan bagi menyelesaikan isu infrastruktur ini, dengan harapan agar usaha membela kebajikan rakyat di Setiu terus dipermudahkan pada masa akan datang,"ujar beliau.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan