• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jalan Drawbridge-Pantai Seberang Takir Ditutup Tiga Hari

KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Terengganu memaklumkan, jalan kedua-dua hala dari persisir Pantai Seberang Takir sehingga ke Jambatan Angkat (Drawbridge) akan ditutup selama tiga hari, bermula esok.

Penutupan tersebut dibuat berikutan pelaksanaan aktiviti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan muara utara Drawbridge selama tiga hari sehingga 15 Februari (Selasa).

Sehubungan itu, PDRM menasihati pengguna yang datang dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar dan sebaliknya untuk menggunakan Jambatan Sultan Mahmud sepanjang tempoh itu.

Para pengguna yang menggunakan jalan tersebut terutama yang berkerja disarankan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesulitan.


Tag: