• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring Ditutup

HULU TERENGGANU, 6 Januari - Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring 8 di Laluan FT36, yang melibatkan kilometer(KM) 74.8 sehingga KM 75 di Seksyen: 87(52.0) ditutup kepada semua kenderaan mula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu hari ini, penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian mendapan jalan di kawasan berkenaan.

Jurutera JKR Daerah, Alif Zuwairi Baharuddin berkata, penutupan itu melibatkan laluan sepanjang 200 meter yang mana runtuhan tanah masih terjadi dan kerja penutupan segera sedang dilakukan melibatkan laluan tersebut.

"Sehubungan dengan itu, papan tanda lalu lintas akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.

"Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Jelasnya, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan  Jalan Alternatif Kuala Krai di FT08 bergantung situasi semasa.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pejabat JKR Daerah Hulu Terengganu, di talian 09-6811900 atau faks 09-6811896.


Tag: