• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Jalan Raya Ke Bandar Rosak Akan Segera Dibaiki

KUALA TERENGGANU , 23 Februari – Laluan utama di dalam Dun Bandar yang rosak akibat pemasangan paip akan segera dibaik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata pihaknya telah turun ke jalan raya tersebut untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku itu.

"Selepas menerima aduan dari pengguna Facebook, saya bersama pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Kuala Terengganu dan DUN Bandar telah meninjau kerosakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Kampung Pulau Kambing semalam.

Sementara itu, kontraktor yang menguruskan operasi pemasangan paip, Ir. Abdul Samad Sulaiman berkata, kerja pemasangan berlaku dalam keadaan hujan menyebabkan tanah jalan raya menjadi mendap.

"Pihak kami sudah merancang pemasangan ini dibuat ketika bukan musim hujan, memandangkan keperluan yang mendesak dari segi bekalan air di kawasan bandar, kita telah menyegerakan pemasangan paip 600mm ini.

"Akibat hujan pada musim tengkujuh akhir tahun lepas, jalan raya yang telah dibaiki menjadi mendap," jelasnya.

Ahmad Shah (tengah) bersama Ir. Abdul Samad Sulaiman (kanan) ketika melawat jalan raya.

Katanya lagi, pihaknya akan bertangungjawab dan segera membaik pulih laluan yang rosak sebelum April bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

"Kita cuba secepat mungkin untuk membaiki mana-mana kerosakkan jalan raya yang kritikal bagi mengelakkan kemalangan dan meningkatkan keselesaian pengguna jalan raya. 

"Insya-Allah, sebelum menghadapi Aidilfitri, kerja-kerja baik pulih ini akan kami selesaikan sepenuhnya," tambah beliau.


Tag: