• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Jalin Kerjasama Sebar Maklumat

DUNGUN, 13 November - Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Dungun telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penerangan Dungun untuk menjalinkan kerjasama yang erat agar  informasi dapat disalurkan kepada rakyat dengan lebih efektif. 

Ketua Koordinator UPDI Dungun, Abd. Hamid Ismail berkata, memandangkan agensi yang diterajuinya berfungsi untuk menyampai dan menyebarkan maklumat kerajaan negeri manakala Pejabat Penerangan Dungun sebagai agensi kerajaan persekutuan sewajarnya kerjasama yang erat perlu wujud.

"Peranan kami adalah lebih kurang sama iaitu membantu kerajaan  menyalurkan segala informasi dan menerangkan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. 

"Sebaran info-info kerajaan persekutuan dan negeri menerusi sebaran risalah dan hebahan di tempat tumpuan awam dapat pertingkatkan agar capaian maklumat kepada sasaran iaitu orang ramai berjaya," katanya. 

Abd. Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di Pejabat Penerangan Daerah Dungun di sini, baru-baru ini. 

Rombongan tersebut telah disambut oleh Pegawai Penerangan Dungun, Rusmiza Anuar dan kakitangannya. 

Sementara itu Rusmiza berkata, beliau sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak. 


Tag: