• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Jalur Gemilang Terbesar Pulau Tenggol Cipta Malaysia Book Of Records - Ariffin Deraman

Sekumpulan penyelam berkemahiran meletakkan Jalur Gemilang terbesar di dasar laut Pulau Tenggol. Foto - Asraf Ikhwan
Oleh: Ahmad Fadhilah

DUNGUN - Kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol, Kuala Dungun, Terengganu mencetuskan kejutan apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai kibaran Jalur Gemilang terbesar di dasar laut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau dimaklumkan bahawa saiz Jalur Gemilang tersebut ialah 16 meter lebar dan 9 meter panjang.

"Ianya sekaligus mencatat rekod terbesar dan telah memasuki Malaysia Book of Records 2018.

“Bendera ini adalah tempahan khas yang berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak bersesuaian dengan tempat diletakkan dalam laut yang mempunyai arus serta gelombang yang kuat," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media sempena kibaran Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Tenggol di Ulek Beach Resort, semalam (16 September).

Ustaz Ariffin Deraman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat mewakili kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjayakan program tersebut di Pulau Tenggol.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong dan ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.



Tag: