• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jam Matahari Politeknik Dungun Diiktiraf MBOR

DUNGUN, 23 Oktober -  Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun buat julung kalinya dalam sejarah berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembinaan Jam Matahari pertama politeknik di Malaysia.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, projek tersebut adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia. 

"Penyerahan sijil telah dilakukan sempena Program Industrial Empowerment Day 2023 yang telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman ," ujarnya lagi. 

Program yang diadakan di Dewan Dagang pada 17 Oktober itu merupakan satu program berimpak tinggi dengan pengisian 'Industrial Talk' bersama  Dato’ Seri (Dr) Michael Tio. 

Disamping itu katanya lagi, turut diadakan Majlis Tandatangan Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) di antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd (PKT), Seikou Systec Sdn. Bhd. (Seikou), Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd.

" Program ini dapat membantu PSMZA dalam jalinan industri dan sekaligus mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,"ujarnya.


Tag: