• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Jambatan Besi Bahayakan Penduduk



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN , 5 Januari- Jambatan besi di belakang Hospital Dungun didapati membahayakan pengguna dan sudah tidak selamat lagi digunakan oleh orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, keadaan menjadi bertambah buruk apabila hujan lebat.

"Apabila hujan, seringkali terjadi kejadian penunggang motorsikal tergelincir disebabkan air yang bertakung di atas jambatan tersebut dimana lantainya yang licin disebabkan ianya telah  haus,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau jambatan yang telah dibina sejak tahun 80-an itu.


Turut sama, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Daerah Dungun, Faten Adilah Ahmad Shukri serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Wan Saiful Lizam Wan Jusoh.

Menurutnya, tambah membimbangkan keadaan jambatan itu yang uzur menyukarkan kenderaan empat roda seperti kereta untuk melaluinya.

"Lagipun jambatan ini, pagarnyapun dah berkarat dan renggang, jadi saya berharap pihak JPS dapat membaik pulih atau bina yang baru memandangkan ianya menjadi laluan utama penduduk sekitar,” ujarnya.



Tag: