• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jambatan Durian Mentangau Ditutup

DUNGUN, 15 Disember - Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun memaklumkan laluan T118 Jalan Durian Mentangau telah ditutup sementara kepada semua kenderaan disebabkan kerosakan pada struktur salah satu jambatan di laluan tersebut.

Menurut kenyataan di laman rasminya, penutupan ini dilaksanakan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengambil laluan alternatif melalui FT 132 Jalan Che Lijah dan FT 03 Jalan Kuantan - Kuala Terengganu." 

"Papan tanda amaran dan pemberitahuan telah dipasang di tapak, serta lampiran peta lokasi disediakan untuk panduan pengguna jalan raya," katanya.

Tarikh pembukaan laluan T118 akan dimaklumkan kemudian. Kerjasama sepenuhnya dari semua pihak amat dihargai demi keselamatan bersama.

Dalam pada itu, dalam rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat telah memaklumkan berkaitan kerja-kerja baikpulih jambatan di Durian Mentangau telah pun mula dilaksanakan oleh kontraktor terpilih dan pihak JKR Dungun.

"Satu laluan bypass sementara akan dibangunkan di tepi jambatan bagi memastikan kelancaran pengangkutan semasa tempoh pelaksanaan projek ini," ujarnya.

Laluan tersebut akan menyediakan alternatif kepada pengguna jalan yang biasanya melalui jambatan Durian Mentangau.


Tag:

Artikel Berkaitan