lightning-solid
Berita :
Janaan Hasil Terengganu Pecah Rekod Lagi
Janaan Hasil Terengganu Pecah Rekod Lagi
Husaif Mamat
8 jam yang lepas
322

KUALA TERENGGANU, 1 Januari – Negeri Terengganu sekali lagi melakar sejarah apabila mencatatkan jumlah janaan hasil tertinggi berbanding tahun-tahun terdahulu sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan strategik pendapatan baharu yang digerakkan sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, berdasarkan pembentangan yang dikemukakan, usaha bersepadu pelbagai agensi dan pemain industri menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan, malah melepasi pencapaian terdahulu.

Katanya, pencapaian tersebut boleh dianggap sebagai satu lonjakan bersejarah apabila angka yang direkodkan belum pernah dicapai oleh negeri sebelum ini.

“Alhamdulillah, pencapaian ini amat memberangsangkan dan mencerminkan hasil usaha berterusan semua pihak. 

“Namun begitu, jumlah sebenar akan diumumkan selepas semua akaun negeri ditutup dan proses pengiraan dibuat secara teliti pada pertengahan Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

FB_IMG_1767271646280.jpg 76.35 KB


Menurut beliau, kejayaan itu membuktikan hala tuju yang jelas dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan negeri secara mampan, selari dengan aspirasi ekonomi baharu Terengganu yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan berpaksikan nilai.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa NIT 2025 atas komitmen serta usaha gigih yang telah menyumbang kepada kejayaan tersebut, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap sasaran New Income Terengganu (NIT) bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Ini bukan sekadar pencapaian angka, tetapi petunjuk jelas bahawa Terengganu berada di landasan yang betul untuk membina ekonomi masa depan yang lebih progresif dan lestari,” tambahnya.


Tag :

Artikel Berkaitan