• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Jangan Bertangguh Lakukan Kebaikan



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 22 September- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun mengingatkan masyarakat Islam khususnya agar tidak bertangguh untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T kerana sakit tidak mengira usia.

"Masa sihat, masa lapang, masa muda itu adalah masa yang kita kena guna sebaiknya, jangan tangguh-tangguh untuk beramal dan melakukan kebaikan," katanya.

Pesanan itu itu disampaikan beliau ketika menyampaikan sumbangan Tabung Darul Iman (TDI) kepada seorang pesakit saraf di Serdang di sini, baru-baru ini.

Muhammad Firdaus Che Gani,18 yang menghidap sakit saraf sejak empat bulan lalu tidak mampu untuk bergerak telah diberikan bantuan lampin pakai buang dan susu khas.

Dalam pada itu katanya, ,menziarahi orang sakit melahirkan rasa keinsafan dan sentiasa beringat bahawa manusia insan lemah yang semestinya bergantung harap kepada Allah S.W.T.

Tag: