• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

JKM Jamin Bekalan Makanan Mencukupi

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan kepada mangsa bencana boleh bertahan sehingga Mac ini, jika banjir berterusan di Terengganu.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli, berkata pihaknya sudah membuat perjanjian dengan lima pembekal utama bagi menghantar bekalan makanan segera bagi memastikan bekalan tidak terputus kepada mangsa banjir.

"Depot penyimpanan barangan mampu menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas mangsa selama sebulan jika bencana berterusan.

"Malah pihak JKM bersama-sama pegawai daerah telahpun mengenalpasti para pembekal tempatan,"kata Zulkiply.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan mengejut di Pusat Pemindahan Banjir dekat Balai Raya Kampung Getang, Hulu Terengganu, hari ini.

Menurut Zulkiply, satu depo besar di Marang akan menghantar barang keperluan dan makanan kepada mangsa banjir ke 18 lokasi depo mini.

Katanya, JKM juga menyediakan 160 pengkalan hadapan bagi menempatkan makanan dan keperluan asas mangsa yang berdekatan dengan pusat pemindahan banjir.

"Ini bagi memastikan bekalan makanan sampai kepada mangsa jika lokasi terbabit terputus hubungan dan setiap pangkalan hadapan mampu menyimpan bekalan makanan antara tiga ke tujuh hari mengikut keperluan mangsa.

"Sekiranya berlaku bekalan makanan habis dan tidak cukup dengan keperluan mangsa,kita akan pastikan depoh besar di Sungai Buloh, Selangor akan menghantar bekalan segera," katanya.

Tag: