• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

JKR Berusaha Pulihkan Kembali Projek Terbengkalai

KUALA TERENGGANU, 25 April - Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan projek terbengkalai membabitkan Taman Ilmu di Tembila, Besut dan Pembangunan di Pulau Poh, Tasik Kenyir akan dipulihkan kembali.

Pengarah JKR negeri, Ir. Md Ridzwan C. Chik berkata, kontraktor terlibat akan dipanggil kembali bagi menyiapkan skop kerja yang mengalami masalah.

Kata beliau, pihaknya akan cuba sedaya upaya bagi menyelesaikan perkara terbabit agar ia dapat dibina semula dan berfungsi sebagaimana cadangan asal.

"Projek yang dikendalikan oleh JKR akan siap sepatutnya tidak sampai terbengkalai, jika berlaku demikian kita akan melantik semula kontraktor bagi menyelamatkan projek ini daripada terbengkalai.

"Ia melibatkan kos yang tinggi daripada kos asal, berlaku peningkatan apabila ditender baru kerana kontraktor lain akan mengenakan kos yang lebih tinggi daripada asal dan ini akan merugikan pihak kerajaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung di TV Darul Iman pada program Bicara Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu : JKR Peneraju Utama Teknikal Terengganu, di TV Darul Iman hari ini.

Dalam pada itu, menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, beliau menyeru pengguna jalan raya yang pulang ke Terengganu untuk mengemukakan aduan jika menghadapi sebarang masalah berkait jalan raya.

"Untuk diambil tindakan bagi menyelesaikannya melalui website JKR Malaysia atau Terengganu melalui facebook dan twitter dimana kita akan segera mengatasinya jika malasah kecil akan disipakan dalam masa 24 jam.

"Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar bersabar jika ada jalan yang tidak selesa terutamanya di kawasan membabitkan pembinaan jambatan, ia akan memperlahankan pergerakan kenderaaan dan jalan akan menjadi sibuk apabila terpaksa melalui lencongan," katanya.


Tag: