lightning-solid
Berita :
Jom Hadir BPIM, Hayati Nilai Rohani dan Perkukuh Akhlak
Jom Hadir BPIM, Hayati Nilai Rohani dan Perkukuh Akhlak
Adli Mohamad
17 jam yang lepas
90

KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Seluruh rakyat di negeri ini dijemput hadir ke Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Israk Mikraj peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada jam 10 pagi esok di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Program anjuran bersama unit-unit tubuh di bawah Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri itu diadakan bertujuan menyemai penghayatan nilai kerohanian dan memperkukuh akhlak.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, BPIM juga dilaksanakan dalam usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan hubungan insan dengan Allah SWT serta sesama manusia.

"Marilah bersama-sama menghayati peristiwa agung Israk dan Mikraj, perjalanan suci Rasulullah SAW yang menjadi asas pensyariatan SAW menjadi asas pensyariatan solat serta pengkuhan iman dan takwa,"ujarnya menerusi satu kenyataan di facebooknya, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, beliau menambah, majlis itu akan dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

"Semoga usaha ini menjadi medan pencerahan rohani dan pembinaan ummah yang berilmu serta berakhlak mulia.

"Menghayati Israk Mikraj, memperkukuh iman dan akhlak,"ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan